Mesyuarat AJK PPKM Negeri Johor telah diadakan di Rumah Anak Yatim, Muar pada hari Jumaat 7 Mei 2010. YB Dato' Mohd Rashidi Mohd Nor, YDP PPKM Negeri Johor telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Antara agenda penting yang dibincangkan ialah tentang Mesyuarat Perwakilan PPKM Bahagian Negeri Johor yang akan diadakan pada hari Isnin 7 Jun 2010, Jam 8.30 malam di Hotel M Suite Johor Bahru kerana inilah tarikh dan masa yang terluang untuk YAB Menteri Besar Johor dapat hadir. Kehadiran YAB amat penting dalam mesyuarat ini kerana PPKM Negeri berhajat untuk menyerahkan sendiri Memoramdum yang mengandungi tiga perkara utama: Pertama tentang janji YAB untuk memberikan grant tahunan sebanyak RM 100,000.00, kedua memberikan tanah yang telah berhasil kepada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Johor sebagai hadiah untuk persatuan dan ketiga bangunan untuk dijadikan Pejabat Urusetia PPKM Negeri Johor. Insyallah dengan keprihatinan kerajaan negeri terhadap sumbangan pesara dalam usaha untuk merealisasikan hasrat kerajaan terutama sekali dalam hal-halyang berkaitan dengan pendidikan supaya dapat membentuk generasi berakhlak, berilmu dan berwibawa. Banyak lagi program yang berguna yang dapat dijalankan oleh persatuan dengan hadiah yang diberikanoleh kerajaan negeri, Insyallah. Mudah-mudahan apa yang diperjuangkan oleh persatuan berjaya hendaknya.
(Hj Jumaat Abu Bakar)
Setiausaha PPKM Caw. Batu Pahat, Johor
2 comments:
Saya adalah bekas pesara yang belum menjad ahli, bagaimana cara saya mengisi borang e-mail saya resq994@yahoo.com
Saya adalah bekas pesara yang belum menjad ahli, bagaimana cara saya mengisi borang e-mail saya resq994@yahoo.com
Post a Comment