AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA CAW. DAERAH BATU PAHAT
2010-2012
PENGERUSI
HJ KASMAN HJ ABDULLAH
TIM. PENGERUSI
TN HJ MAULAN ASMUNI
SETIAUSAHA
HJ JUMAAT HJ ABU BAKAR
PEN. SETIAUSAHA
HJ MD SAID BIN SAIKAN
BENDAHARI
HJ MOHD DALI HJ MD ZIN
AJK:
HJ HASHIM @KAMAL
HJ MOKHTAR MOHD ZIN
HJ YUSOF MOHD SAID
HJ JAMALUDDIN ABAS
HJH FATIMAH SALLEH
JH ZALEHA RAHIM
HJ ARBAIN RAMLI
HJ NORANI HALIL
HJ RAMLI HJ RASHID
HJ RAMLI SAMAD
HJH KHADIJAH MARZUKI
HJ ABD RAHIM MOHD SAID
PEMERIKSA KIRA-KIRA I
HJ HAMSIN JAMEH
PEMERIKSA KIRA-KIRA II
HJH ZAINAB ABDULLAH
PERWAKILAN DARIPADA PPKM BATU PAHAT
KE MESYUARAT AGUNG PPKM NEGERI JOHOR KE-12/2010
AJK PPKM NEGERI JOHOR:
1. TN HJ KASMAN BIN HJ ABDULLAH
2. TN HJ JUMAAT BIN HJ ABU BAKAR
PERWAKILAN YANG DIPILIH:
1. ENCIK MOHD MALAN BIN ASMUNI
2. TN HJ MD SAID BIN SAIKAN
3. TN HJ MOHD DALI BIN BIN HJ MD ZIN
4. TN HJ HASHIM @ KAMAL BIN KAHAR
5. TN HJ MOKHTAR BIN MOHD ZIN
6. TN HJ YUSOF BIN MOHD SAID
7. TN HJ ABD RAHIM BIN MD SAID
8. TN HJ ARBAIN BIN RAMLI
9. TN HJ NORANI BIN HALIL
10. PN HJH FATIMAH BTE SALLEH
11. PN HJH KHADIJAH BTE MARZUKI
12. PN HJH ZALEHA BTE RAHIM
13. TN HJ RAMLI BIN ABD SAMAD
14. TN HJ RAMLI BIN RASHID
15. TN HJ JAMALUDIN BIN ABAS
SIMPANAN:
1. TN HJ HAMSEN BIN JAMEH
2. PN HJH ZAINAB BTE ABDULLAH
3. TN HJ SALIMIN BIN HJ YUSUF
4. PN HJH FATIMAH BTE SHAMSUDIN
5. TN HJ SHARIF BIN MOKTI
Mesyuarat AJK PPKM Negeri Johor telah diadakan di Rumah Anak Yatim, Muar pada hari Jumaat 7 Mei 2010. YB Dato' Mohd Rashidi Mohd Nor, YDP PPKM Negeri Johor telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Antara agenda penting yang dibincangkan ialah tentang Mesyuarat Perwakilan PPKM Bahagian Negeri Johor yang akan diadakan pada hari Isnin 7 Jun 2010, Jam 8.30 malam di Hotel M Suite Johor Bahru kerana inilah tarikh dan masa yang terluang untuk YAB Menteri Besar Johor dapat hadir. Kehadiran YAB amat penting dalam mesyuarat ini kerana PPKM Negeri berhajat untuk menyerahkan sendiri Memoramdum yang mengandungi tiga perkara utama: Pertama tentang janji YAB untuk memberikan grant tahunan sebanyak RM 100,000.00, kedua memberikan tanah yang telah berhasil kepada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Johor sebagai hadiah untuk persatuan dan ketiga bangunan untuk dijadikan Pejabat Urusetia PPKM Negeri Johor. Insyallah dengan keprihatinan kerajaan negeri terhadap sumbangan pesara dalam usaha untuk merealisasikan hasrat kerajaan terutama sekali dalam hal-halyang berkaitan dengan pendidikan supaya dapat membentuk generasi berakhlak, berilmu dan berwibawa. Banyak lagi program yang berguna yang dapat dijalankan oleh persatuan dengan hadiah yang diberikanoleh kerajaan negeri, Insyallah. Mudah-mudahan apa yang diperjuangkan oleh persatuan berjaya hendaknya.
(Hj Jumaat Abu Bakar)
Setiausaha PPKM Caw. Batu Pahat, Johor
Pertama:
Akhir-akhir ini jelas kelihatan dan kedapatan kebanyakan pelajar Melayu di sekolah menengah sama ada lelaki atau perempuan sudah berani menunjukkan perilaku menghisap rokok di khalayak ramai tanpa perasaan hormat dan segan silu terhadap guru dan masyarakat. Kegiatan tidak sopan sebegini kalau dibiarkan berlaku dikhuatiri akan mengundang perbuatan salah laku yang lebih buruk seperti penyalahgunaan dadah, minum arak, rogol, perkosina, pembuangan bayi dan seumpamanya di kalangan pelajar dapat dibendung segera. AJK PPKM Cawangan Batu Pahat mencadangkan satu pendekatan secara holistic perlu diambil serta merta, pertama sekali peranan ibubapa amat penting untuk memastikan anak-anak mereka yang masih di bangku sekolah tidak terlibat menghisap rokok, kedua pengawasan, teguran, nasihat dan tindakan wajar secara berterusan daripada semua warga sekolah terhadap pelajar terlibat perlu diperhebatkan lagi dan ketiga penguatkuasaan tegas pengharaman penjualan rokok di kalangan pelajar perlu dilaksanakan dan keempat PPKM Batu Pahat mencadangkan kalau boleh supaya negara kita memansuhkan terus pengimportan dan penyeludupan rokok ke negara kita.
Kedua:
Penjualan Tanah Pemilik Melayu .
Kebelakangan ini terdapat ramai orang Melayu yang menjual tanah milik mereka kepada kaum lain apabila ditawarkan dengan harga yang tinggi. Tanah merupakan aset atau harta kekal yang perlu diwarisi, dipertahankan dan diusahakan secara komersial dengan bijak oleh orang Melayu. Manakala wang berjuta-juta ringgit tidak kekal dan boleh habis dalam sekejap masa sahaja apabila didorong oleh nafsu dan tabiat suka berbelanja besar, menunjukkan kepura-puraaan kemewahan hidup, tidak bijak mengurus wang disebabkan jahil ilmu pengetahuan khususnya ilmu yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan ekonomi. PPKM Cawangan Batu Pahat mencadangkan supaya pemilik-pemilik tanah di kalangan orang Melayu perlu segera diberi kesedaran, nasihat, bimbingan kaunseling, motivasi, ilmu pengetahuan dan pendedahan peluang mengusahakan tanah mereka secara berpontensi tinggi supaya mereka dapat mengusahakan tanah milik mereka masing-masing daripada terbiar dan akhirnya dijual dengan tawaran harga yang begitu tinggi. Badan-badan yang bertanggungjawab ini termasuklah tuan-tuan imam, penceramah agama, JKKK, Penghulu, Pejabat Tanah, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Daerah, Wakil Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO’s) seperti PPKM, Persatuan Peladang dan Pertanian, Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil, Persatuan Guru, Persatuan Belia dan sebagainya dengan mengadakan “road show” secara global dari semasa ke semasa bagi membangkitkan kesedaran dan keinsafan mendalam di kalangan orang-orang Melayu supaya tanah-tanah milik mereka kekal hingga ke anak cucu mereka. Ingatlah supaya kita jangan jadi Pak Kadok/Lebai Malang/Si Luncai yang asyik menang sorak, kampong tergadai.
Setiausaha PPKM Batu Pahat
24 April 2010
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Tuan Hj Yaacob bin Muda
YANG DIPERTUA
YB DATO' HAJI MOHD RASHIDI BIN MOHD NOOR
TIMBALAN YANG DIPERTUA
TUAN HAJI SULAIMAN BIN BIDIN
NAIB YANG DIPERTUA
TUAN HAJI KASSIM BIN SUANG
STIAUSAHA KEHORMAT
ENCIK MOHD SURADI BIN HJ ABDULLAH
PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT
TUAN HAJI MISBAH BIN HJZAINUDDIN
BENDAHARI
TUAN HAJI HUSSIN BIN MARKOM
AHLI JAWATANKUASA
TN HJ MOHAMAD BIN ISMAIL
TN HJ KASMAN BIN HJ ABDULLAH
TN HJ OMAR BIN LAMBAK
TN HJ MD NOR BIN MUJAR
TN HJ ESA BIN IBRAHIM
TN HJ SAIM BIN BASIR
PN HJH KALTHUM BINTI RABU
TN HJ SHARIF BIN MOKTI
TNHJ RAMLAN BIN ROSDI
ENCIK NGE OH @ NG LIAN HOO
TN HJ ABDULLAH BIN ABU BAKAR
TN HJ JUMAAT BIN HJ ABU BAKAR
TN HJ KHALID BIN ABD MAJID
TN HJ MD NOR BIN JABAR
TN HJ MD SIDEK BIN SEMIRO
TNHJ OMAR BIN DERAMAWAN
TN HJ YAACOB BIN HJ ABU BAKAR
JURUAUDIT DALAM
ENCIK MOHD SHAH BIN HJ NOR
TN HJ ABU BAKAR BIN HJ MOHAMED
UTUSAN PESARA:
Sempena Mesyuarat Agung PPKM Bhg Negeri Johor Ke-12 yang akan diadakan tidak lama lagi, Utusan Pesara biasanya akan diterbitkan dua tahun sekali apabila ada pemilihan jawatankuasa. Oleh yang demikian dapat apalah kiranya setiausaha-setiausaha daerah menhantarkan bahan-bahan penulisan atau gambar-gambar aktiviti persatuan kepada saya HJ JUMAAT BIN ABU BAKAR, TEL: 013 7481787, e-mail sungaikalong@yahoo.com atau ppkm09@gmail.com untuk dimuat turun dan seterusnya diterbitkan dalam UTUSAN PESARA. Dengan adanya bahan-bahan penulisan daripada cawagan, dapat juga dibaca dan dilihat oleh ahli-ahli persatuan daripada daerah berlainan. Kerjasama tuan puan amat dihargai dan disanjung tinggi.
(Hj Jumaat Hj Abu Bakar)
PETALING JAYA: Parents of serving civil servants will, for the first time, be entitled to free ward admissions at government hospitals.
Ward charges will also be waived for government retirees, civil servants and qualified immediate family members.
Public Service Department (PSD) director-general Tan Sri Ismail Adam said the directive would take effect from April 1, and that some 450,000 government retirees would benefit from the new perk.
“The Government has decided to abolish ward charges imposed on officers and retirees of the civil service, their family members and parents when seeking treatment at government hospitals,” he said in his latest circular.
However, Ismail said the abolition of ward charges would not affect the current ward qualification, which was based on grade levels or the last grade held.
He said those who wanted to be admitted to a higher-class ward than their entitlement would have to pay the public rate and deposit for that particular ward.
Current rules state that officers and those who had retired from public service, their parents and family members were required to pay ward fees according to the fixed rate.
Cuepacs president Omar Osman thanked the Government for waiving the ward charges.
“It is comforting to those still in service to know that they will be taken care of by the Government after retirement,” he said yesterday.
Omar also welcomed the move to include parents among the free ward beneficiaries, but said it should include parents of retirees as well.
Posted by CUEPACS at 14:55 0 comments
Sumber :The Star - 11/3/2010
Kakitangan, pesara awam dikecuali bayaran di hospital kerajaan mulai 1 April
KUALA LUMPUR: Kakitangan dan pesara perkhidmatan awam yang mendapat rawatan di hospital kerajaan, tidak akan dikenakan bayaran wad, berkuat kuasa 1 April ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam, pemansuhan bayaran itu turut terpakai untuk anggota keluarga dan ibu bapa mereka.
"Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi Gred 45 hingga 54 ialah Kelas 1 bilik seorang, Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga) dan Gred 1-20 (Kelas 2).
Kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa sah juga berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan, manakala kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.
Ketika ini, perkhidmatan awam mempunyai 1.2 juta kakitangan dan pesara seramai 450,000 orang.
Ismail berkata, jika pegawai awam, pesara, anggota keluarga atau ibu bapa sah meminta untuk dimasukkan ke wad yang lebih tinggi daripada kelayakan yang ditetapkan, pegawai awam atau pesara itu perlu membayar bayaran wad mengikut kadar dikenakan ke atas orang awam.
"Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata, dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan itu, perenggan C2 berkaitan kelayakan dan kadar bayaran wad di Lampiran C8 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, perenggan 11 berkaitan kadar bayaran wad sehari di Lampiran O Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1991, dan Bahagian J berkaitan permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri di Lampiran B Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 adalah dibatalkan. Ismail berkata, peruntukan pekeliling perkhidmatan itu pada keseluruhannya turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman, ketika dihubungi merayu supaya ibu bapa golongan pesara turut diberi pengecualian kerana ia tidak membabitkan kos tinggi untuk ditanggung kerajaan.
Sumber : Berita Harian 2010/03/11
KURSUS ASAS APLIKASI ICT DAN MULTIMEDIA
Sabtu 27 Mac 2010
PPKM Cawangan Daerah Batu Pahat telah mengelolakan kursus tersebut kepada 30 orang pesara daripada setiap cawangan di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Bandar Batu Pahat. Di samping kursus tersebut, ceramah tentang 'Pengurusan Stres' juga telah dapat diselitkan dalam program itu. Tn Hj Jumaat Abu Bakar, penceramah dan jurulatih berpuas hati dengan penglibatan peserta dan program ini perlu diperluaskan lagi kepada ahli-ahli yang belum berpeluang mengikutinya. Tn Hj Kassim Suang, wakil YDP PPKM Negeri Johor, dalam ucapannya berharap agar para pesara dapat mengamalkan gaya hidup sihat dari segi jasmani, rohani, emosi dan sosial. Diucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak pengurusan sekolah yang telah dapat memimjamkan makmal untuk tujuan kursus. Kerjasama dan sokongan pihak pengurusan sekolah amat disanjung tinggi.
(Hj Jumaat Abu Bakar)
Ahad 31 Mei 2009 -
Mesyuarat Agung PPKM Bahagian Negeri Johor Darul Takzim Ke-11 telah diadakan di Dewan Mesyuarat Pejabat Tanah, Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat dan telah dirasmikan oleh YB Dr. Mohd Puad bin Zarkasi, Timbalan Menteri Pelajaran @ Ahli Parlimen Batu Pahat @ Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat. Turut hadir ialah President PPKM Malaysia, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh dan YDP PPKM Negeri Johor, YB Dato' Haji Mohd Rashidi bin Mohd Nor.
Dalam ucapan penangguhan, kebanyakan perwakilan merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas keprihatinannya terhadap kebajikan pesara. Antaranya ialah pencen minimum, penghapusan pencen terbitan, pemberian wang ikhsan setiap hujung tahun, pengiraan semula pencen berdasarkan 30 tahun (360 bulan) berkhidmat, pemansuhan bayaran hospital mulai April 2010 dan banyak lagi kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada para pesara.
(Hj Jumaat Abu Bakar)