ppkmbnj Sunday, April 18, 2010

Ahad 31 Mei 2009 -

Mesyuarat Agung PPKM Bahagian Negeri Johor Darul Takzim Ke-11 telah diadakan di Dewan Mesyuarat Pejabat Tanah, Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat dan telah dirasmikan oleh YB Dr. Mohd Puad bin Zarkasi, Timbalan Menteri Pelajaran @ Ahli Parlimen Batu Pahat @ Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat. Turut hadir ialah President PPKM Malaysia, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh dan YDP PPKM Negeri Johor, YB Dato' Haji Mohd Rashidi bin Mohd Nor.

Dalam ucapan penangguhan, kebanyakan perwakilan merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas keprihatinannya terhadap kebajikan pesara. Antaranya ialah pencen minimum, penghapusan pencen terbitan, pemberian wang ikhsan setiap hujung tahun, pengiraan semula pencen berdasarkan 30 tahun (360 bulan) berkhidmat, pemansuhan bayaran hospital mulai April 2010 dan banyak lagi kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada para pesara.

(Hj Jumaat Abu Bakar)

No comments:

Post a Comment